Thursday 28 June 2012

Anime di Malaysia


                                           






Anime yang awal seperti Doraemon telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990an, sewaktu disiarkan di RTM (sekarang disiarkan di ntv7). TV3 dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan Cardcaptor Sakura, Slam Dunk dan Crayon Shin-chan sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti Naruto (2003) di TV3 dan Gundam Seed di TV2. Kebanyakan siri-siri anime dialih suara ke Bahasa Melayu oleh Syarikat Filem Karya Nusa di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, seperti Hatsumei Boy Kanipan, Mirmo Zibang, dan lain-lain.Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaitu Majalah Starz.
Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran 715, iaitu Animax, khas untuk rancangan anime.
Pada 3 Januari 2007, NTV7 telah memperkenalkan slot midnight anime yang menayangkan anime seperti Trinity Blood dan Shakugan no Shana dalam bahasa asalnya dengan sarikata bahasa Melayu. Anime ini ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 12.15 tengah malam.

No comments:

Post a Comment