Saturday 23 June 2012

Sejarah Mangga



Manga, jika diterjemah secra harafiah, bererti "gambar rambang". Perkataan ini julung kali dipakai secara umum pada akhir abad ke-18 apabila keluarnya karya-karya seperti "Mankaku zuihitsu" oleh Suzuki Kankei (1771) dan Santo Kyoden buku bergambar "Shiji no yukikai" oleh Santo Kyoden (1798), dan juga pada awal abad ke-19 dengan karya-karya seperti "Manga hyakujo" oleh Aikawa Minwa (1814) dan Hokusai manga masyhur yang mengandungi beraneka lukisan daripada buku sketsa artis ukiyo-e terkenal bernama Hokusai. Namun begitu, giga (harrafiahnya "gambar lucu"), terutamanya Chōjū Jinbutsu Giga (鳥獣人物戯画, literally "gambar lucu haiwan dan manusia"), yang dilukis pada abad ke-12 oelh pelbagai pelukis, banyak mengandungi sifat-sifat manga seperti penekanan pada cerita dan garis-garis yang ringkas dan penuh kesenian.Ketika lewat zaman Meiji hingga sebelum Perang Dunia Kedua, mangaka terkenal termasuk Rakuten Kitazawa dan Ippei Okamoto. Rakuten Kitazawa pernah berlatih di bawah ajaran Frank A. Nankivell, seorang artis Australia, dan bekerjasama dengan Jiji Shimpo setelah diperkenalkan kepadanya oleh Yukichi Fukuzawa. Selepas itu, Rakuten menerbit karya-karya masyhur seperti Tagosaku to Mokubē no Tōkyō-Kenbutsu (田吾作と杢兵衛の東京見物,?"Tagosaku dan Mokube Melawat Sekitar Tokyo") (1902) dan Haikara Kidorō no Sippai (灰殻木戸郎の失敗,? "Kegagalan Kidoro Haikara") (1902). Ippei Okamoto ialah pengasas Nippon Mangakai, persatuan kartunis paling sulung di Jepun. Karya manga manbunnya, seperti Hito no Isshō (人の一生,? "Hidup satu orang") (1921), menjadi pengaruh utama terhadap mangaka zaman sekarang dan menjadi prototaip bagi manga fiksyen pada zaman seterusnya.[2]Manga moden berkembang dari campuran buku bercetak blok kayu dan gambar dengan gerakan seni yang asing. Apabila Amerika Syarikat mula berdagang dengan Jepun, Jepun sedang memasuki satu zaman pemodenan pesat yang diiringi globalisasi. Maka, rakyat negara Jepun mengimport artis asing untuk mengajar murid-muridnya benda-benda seperti garis, rupa dan warna, iaitu elemen-elemen yang tidak pernah ditakan dalam ukiyo-e kerana idea di sebalik gambar biasanya dianggap lebih penting. Manga pada zaman itu dikenali sebagai Ponchi-e (Punch-picture) dan, sepertilah majalah British Punch yang selaras dengannya, kebanyakannya menggambarkan humor dan sindiran politik dalam format pendek, bergambar satu atau empat.

No comments:

Post a Comment