Thursday 28 June 2012

Bermulanya populariti anime di seluruh dunia


Spirited Away karya Hayao Miyazaki
Selain daripada Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions. Syarikat tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka, yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan seluruh dunia, Astro Boy (Tetsuwan Atomu). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, seperti Sunrise dan MadHouse Production.
Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepun, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat. KeluaranStudio Ghibli, seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah Best Animated Feature di Academy Award. Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002

No comments:

Post a Comment