Saturday 23 June 2012

Shin Megami Tensei : Persona 3



Shin Megami Tensei: Persona 3 (ペルソナ3 Perusona 3) ialah judul keempat di dalam siri permainan video RPG berkonsol Persona.Persona 3 direka dan diterbitkan oleh Atlus Co. untuk sistem konsol Sony PlayStation 2. Persona 3 dikeluarkan di Jepun pada 13 Julai,2006, manakala dikeluarkan di Amerika Utara pula pada 24 Julai, 2007, tetapi disebabkan kesilapan pengeluaran dengan buku seni Persona 3, tarikh keluarannya ditangguhkan sehingga 14 Ogos, 2007, serta keluaran di Eropah dan Australia pada 29 Februari, 2008. Sebuah bab baru dan beberapa tambahan yang lain telah dicipta dalam sebuah judul tambahan, iaitu Persona 3: FES, dikeluarkan di Jepun pada 19 April, 2007, manakala di Amerika Utara pula pada 22 April, 2008.
Persona 3 membawa para pemain mengawal kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang menyertai ahli-ahli lain daripada SEES-iaitu Specialized Extracurricular Execution Squad-untuk menentang Shadow dan makhluk lain yang muncul dalam waktu Dark Hour, iaitu waktu yang berlalu di antara satu hari dan hari seterusnya, setiap hari, yang hanya disedari oleh sebilangan manusia sahaja. Para pemain menggunakan senjata dan kebolehan sihir menerusi penggunaan "Persona" untuk mengalahkan musuh di dalam sebuah sistem bertarung mengikut giliran. Salah satu ciri yang ironik dalam judul ini dilihat apabila watak-wataknya menyeru Persona mereka: dengan menarik picu Evoker yang menyerupai sepucuk pistol, yang disasarkan di kepala mereka, yang tidak mencederakan mereka, tetapi memberi tekanan emosi yang mencukupi untuk memanggil keluar Persona tersebut. Selain daripada elemen-elemen biasa yang dilihat dalam RPG lain,Persona 3 juga mempunyai elemen simulasi dating yang serupa dengan corak permainan The Sims, mengikut perjalanan watak-wataknya menerusi pergerakan hari demi hari di dalam satu tahun sekolah, mengembangkan hubungannya dan mencipta rantai-rantai sosial untuk mengukuhkan Persona yang digunakan dalam pertarungan.
Judul ini telah menerima kritikan yang positif dan mendapat beberapa anugerah untuk tahun 2007.
Persona 3 versi Amerika Utara mengandungi buku seni tersebut, serta sebuah CD soundtrack.

english
Shin Megami Tensei: Persona 3 ( ペルソナ3 Perusona 3 ) is the fourth title in the series of video games berkonsol RPG Persona .Persona 3 is designed and published by Atlus Co.. to the console Sony PlayStation 2 . Persona 3 released in Japan on July 13 , 2006 , and released in North America was on July 24 , 2007 , but due to production errors with art book Persona 3 , the date of issue be postponed untilAugust 14 , 2007 , and output in Europe and Australia on February 29 , 2008 . A new chapter and a few other enhancements created in an additional title, the Persona 3: FES , was released in Japan on 19 April , 2007 , while in North America was on 22 April , 2008 .
Persona 3 brings the players control the lives of a middle school student who joined other members of the Sees-the Specialized Extracurricular Execution Squad -to fight the Shadow, and other creatures that appear in the time Dark Hour , the time elapsed between one day and the next day , every day, which was only discovered by some people only. The player uses weapons and magical abilities through the use of "Personas" to defeat the enemy in a battle system in turn. One of the ironic features in this title is seen as the characters call their Personas: by pulling the trigger Evoker that resembles a gun, which is targeted at their head, which does not harm them, but the emotional stress that enough to call out the Persona. Apart from the usual elements seen in other RPG, Persona 3 also has an element simulation dating game similar to The Sims , as the characters travel through day to day movements in a school year, develop relationships and create chains Social Persona used to strengthen the fight.
This title has received positive criticism and get some award for 2007.
Persona 3 North American version contains the art book and a CD soundtrack. 

No comments:

Post a Comment