Thursday 28 June 2012

Generasi kedua Anime


kitayama seitaro
Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator, memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumi besar Kanto (Great Kantō earthquake) telah memusnahkan studio milik Kitayama dan animator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.
Juga pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di bawah umur 15 tahun.
Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil Momotaro (Peach Boy) telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepun. Terdapat juga banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada Perang Dunia Kedua, Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama: Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak berhenti-henti di Jepun pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei Animation dilahirkan

No comments:

Post a Comment